YOUR SKILLS ARE YOUR GREATEST GIFT!! FOOTBALLERS WITHOUT SKILL IS A CREPES WITHOUT THE FILLING....EMPTY!! SO.. TRAIN YOUR FEET, USE YOUR SKILLS, SHARE THEM WITH THE WORLD.-ERIC CANTONA.
Wednesday, 4 January 2012
SEJARAH BOLA SEPAK
Menurut FIFA, permainan-permainan yang mempunyai ciri-ciri bola sepak telah wujud di negeri China sejak abad ke-3 SM. Berbagai-bagai jenis permainan bola juga telah diperkenalkan pada Zaman Pertengahan Eropah.
Pada abad ke-19, permainan bola di sekolah-sekolah United Kingdom (yang mempunyai cara permainan yang berbeza mengikut sekolah) menjadi lebih popular. Lantaran itu, cara permainannya juga lebih teratur. Undang-undang awal diperkenalkan bagi menyeragamkan cara permainan yang berbeza-beza itu dan memudahkan pemain-pemain. Persatuan Bola Sepak England (The Football Association) telah ditubuhkan pada 1863 oleh beberapa kelab bola sepak. Persatuan ini berjaya menggubal undang-undang formal bola sepak yang pertama di dunia. Undang-undang ini kemudian berkembang menjadi Undang-undang Bola Sepak hari ini.
Kini, urusan Undang-undang Bola Sepak dikendalikan oleh Lembaga Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (International Football Association Board). Lembaga ini ditubuhkan pada 1886 dan mempunyai lapan ahli – empat wakil FIFA, empat wakil persatuan bola sepak England, Scotland, Wales dan Ireland Utara. Segala pemindaan Undang-undang Bola Sepak perlu diluluskan oleh Lembaga melalui undian majoriti.
Populariti bola sepak telah meningkat terutamanya pada abad ke-20. Kini, bola sepak menjadi satu industri yang lumayan melalui pendapatan hak siaran televisyen dan penjualan tiket di stadium-stadium. Permainan ini dimainkan pada peringkat professional level di seluruh dunia. Berjuta-juta peminat biasanya pergi ke stadium bola sepak untuk mengikut pasukan pilihan mereka, manakala berbilion-bilion pula melihat perlawanan bola sepak di televisyen. Sebilangan besar pemain juga bermain bola sepak pada peringkat amatur.
Mengikut kajian yang dilakukan oleh Fédération Internationale de Football Association (FIFA), badan pentadbir bola sepak, yang diterbitkan dalam musim bunga 2001, lebih daripada 240 juta orang biasanya bermain bola sepak dalam lebih daripada 200 negara di seluruh pelusuk dunia. Peraturannya yang mudah dan memerlukan peralatan yang minimum tidak syak lagi menolong penyebaran dan tumbesaran dalam popularitinya.
Banyak pihak dalam dunia bola sepak membangkitkan keinginan yang sangat memainkan peranan yang penting dalam kehidupan individu samada peminat, komuniti tempatan, malah negara; oleh itu ia merupakan sukan yang sangat popular di dunia. Oleh kerana itu ia selalunya digelar sebagai Pilihan Kenangan Dunia Lalu
Pada abad ke-19, permainan bola di sekolah-sekolah United Kingdom (yang mempunyai cara permainan yang berbeza mengikut sekolah) menjadi lebih popular. Lantaran itu, cara permainannya juga lebih teratur. Undang-undang awal diperkenalkan bagi menyeragamkan cara permainan yang berbeza-beza itu dan memudahkan pemain-pemain. Persatuan Bola Sepak England (The Football Association) telah ditubuhkan pada 1863 oleh beberapa kelab bola sepak. Persatuan ini berjaya menggubal undang-undang formal bola sepak yang pertama di dunia. Undang-undang ini kemudian berkembang menjadi Undang-undang Bola Sepak hari ini.
Kini, urusan Undang-undang Bola Sepak dikendalikan oleh Lembaga Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (International Football Association Board). Lembaga ini ditubuhkan pada 1886 dan mempunyai lapan ahli – empat wakil FIFA, empat wakil persatuan bola sepak England, Scotland, Wales dan Ireland Utara. Segala pemindaan Undang-undang Bola Sepak perlu diluluskan oleh Lembaga melalui undian majoriti.
Populariti bola sepak telah meningkat terutamanya pada abad ke-20. Kini, bola sepak menjadi satu industri yang lumayan melalui pendapatan hak siaran televisyen dan penjualan tiket di stadium-stadium. Permainan ini dimainkan pada peringkat professional level di seluruh dunia. Berjuta-juta peminat biasanya pergi ke stadium bola sepak untuk mengikut pasukan pilihan mereka, manakala berbilion-bilion pula melihat perlawanan bola sepak di televisyen. Sebilangan besar pemain juga bermain bola sepak pada peringkat amatur.
Mengikut kajian yang dilakukan oleh Fédération Internationale de Football Association (FIFA), badan pentadbir bola sepak, yang diterbitkan dalam musim bunga 2001, lebih daripada 240 juta orang biasanya bermain bola sepak dalam lebih daripada 200 negara di seluruh pelusuk dunia. Peraturannya yang mudah dan memerlukan peralatan yang minimum tidak syak lagi menolong penyebaran dan tumbesaran dalam popularitinya.
Banyak pihak dalam dunia bola sepak membangkitkan keinginan yang sangat memainkan peranan yang penting dalam kehidupan individu samada peminat, komuniti tempatan, malah negara; oleh itu ia merupakan sukan yang sangat popular di dunia. Oleh kerana itu ia selalunya digelar sebagai Pilihan Kenangan Dunia Lalu
UNDANG-UNDANG PERMAINAN BOLA SEPAK
1 – Padang Permainan
2 – Bola
3 – Bilangan Pemain
4 – Alatan Pemain
5 – Pengadil
6 – Penolong Pengadil
7 – Jangkamasa Permainan
8 – Permulaan dan Memulakan Semula Permainan
9 – Bola di Dalam dan di Luar Permainan
10 – Cara Menentukan Jaringan
11 – Ofsaid
12 – Kesalahan-kesalahan dan Kelakuan Tidak Bersopan
13 – Sepakan Percuma
14 – Sepakan Penalti
15 – Lontaran ke Dalam
16 – Sepakan Gol
17 – Sepakan Penjuru
UNDANG-UNDANG 1 – PADANG PERMAINAN
Permukaan padang
Perlawanan boleh dimainkan di atas permukaan semulajadi atau artificial mengikut peraturan pertandingan.
Warna permukaan artifisial mesti berwarna hijau. Bagi permukaan semulajadi yang digunakan sama ada untuk perlawanan pertandingan antara pasukan yang mewakili ahli-ahli persatuan yang bergabung dengan FIFA atau perlawanan pertandingan kelab antarabangsa, permukaannya mesti memenuhi kehendak ‘FIFA Quality Concept for Football Turf’ atau ‘ International Artificial Turf Standard’ kecuali persetujuan khas diberi
oleh FIFA.
Tanda-tanda padang
Padang permainan mestilah berbentuk segi empat tepat dan ditanda dengan garisan. Garisan-garisan ini adalah sebahagian dari kawasan yang diliputinya sebagai sempadan. Dua garisan sempadan yang panjang adalah garisan tepi. Dua garisan yang pendek adalah garisan gol. Padang permainan dibahagikan kepada dua bahagian oleh garisan tengah yang bersambung di pertengahan antara dua garisan tepi. Pusat padang hendaklah ditanda di pertengahan garisan tengah. Satu bulatan berjejari 9.15 meter (10 ela) ditanda mengelilinginya.
Tanda-tanda boleh dibuat di luar padang permainan, 9.15 m (10 ela) daripada
lengkok penjuru dan bersudut tepat dengan garisan gol dan garisan tepi, untuk
memastikan pemain-pemain pertahanan berada pada jaraknya ketika sepakan
penjuru dibuat.
Ukuran
Garisan tepi hendaklah lebih panjang dari garisan gol.
Panjang (garisan tepi): minimum 90m (100 ela) maksimum 120m (130 ela)
Lebar (garisan gol): minimum 45m (50 ela) maksimum 90m (100 ela)
Semua garisan mestilah sama lebarnya dan tidak melebihi 12 sentimeter (5 inci) lebarnya.
Perlawanan antarabangsa
Panjang: minimum 100m (110 ela)
maksimum 110m (120 ela)
Lebar: minimum 64m (70 ela)
maksimum 75m (80 ela)
Kawasan gol
Dua garisan dibuat bersudut tepat dengan garisan gol, 5.5 meter (6 ela) dari bahagian dalam tiang-tiang gol. Garisan-garisan ini dipanjangkan ke dalam padang permainan sejauh 5.5 meter (6 ela) dan disambung dengan satu garisan selari dengan garisan gol. Kawasan yang dilingkungi oleh garisangarisan ini dan garisan gol ialah kawasan gol.
Kawasan penalti
Dua garisan dibuat bersudut tepat dengan garisan gol, 16.5 meter (18 ela) dari bahagian dalam tiang-tiang gol. Garisan-garisan ini hendaklah dipanjangkan ke dalam padang permainan sejauh 16.5 meter (18 ela) dan disambungkan dengan satu garisan selari dengan garisan gol. Kawasan yang dilingkungi oleh garisan-garisan ini dan garisan gol ialah kawasan penalti. Di dalam setiap kawasan penalti satu tanda penalti dibuat 11 meter (12 ela)
dari pertengahan garisan gol di antara tiang-tiang gol dan sama jarak darinya.
Suatu lengkok berjejari 9.15 meter (10 ela) dibuat dari setiap pusat tanda
penalti di luar kawasan penalti.
Tiang bendera
Tiang bendera tingginya tidak kurang dari 1.5 meter (5 kaki) dengan bahagian atasnya tidak tajam dan berbendera ditempatkan pada setiap penjuru. Tiang bendera boleh juga ditempatkan di setiap penghujung garisan tengah, tidak kurang 1 meter (1 ela) di luar garisan tepi.
Lengkok penjuru
Suatu suku bulatan berjejari 1 meter (1 ela)
Tiang dan palang gol
Tiang-tiang gol hendaklah diletakkan di pertengahan setiap garisan gol. Ianya mengandungi dua tiang tegak yang sama jaraknya dari tiang bendera penjuru dan dicantum di bahagian atasnya dengan palang melintang. Tiangtiang gol dan palang gol mesti diperbuat daripada kayu, logam atau bahan lain yang diluluskan. Ia mesti berbentuk segi empat sama, segi empat tepat, bulat atau bujur dan tidak berbahaya kepada pemain. Jarak di antara tiang-tiang itu ialah 7.32 meter (8 ela) dan jarak dari bahagian bawah palang gol ke tanah ialah 2.44 meter (8 kaki).
UNDANG-UNDANG 2 – BOLA
Kualiti dan ukuran Bola:
● berbentuk sfera
● diperbuat daripada kulit atau bahan-bahan lain yang sesuai
● lilitannya tidak lebih dari 70 cm (28 inci) dan tidak kurang dari 68 cm (27 inci)
● beratnya tidak lebih dari 450 g (16 auns) dan tidak kurang dari 410 g (14 auns) pada permulaan permainan.
● tekanan udara bersamaan dengan 0.6 – 1.1 atmosfera (600 – 1100 gram/sm2) pada paras laut (8.5 paun/in2 – 15.6 paun/in2).
Penggantian bola yang rosak
Jika bola pecah atau rosak semasa perlawanan:
● perlawanan diberhentikan
● perlawanan dimulakan semula dengan jatuhan bola di tempat di mana bola
mula pecah atau rosak tidak sempurna, kecuali jika permainan diberhentikan di dalam kawasan gol, jatuhan bola hendaklah dibuat di atas garisan kawasan gol yang selari dengan garisan gol di tempat paling hampir di mana bola berada semasa permainan diberhentikan.
Jika bola pecah atau rosak semasa sepakan penalti atau sepakan dari tanda penalti, selepas bola bergerak ke hadapan dan sebelum bola menyentuh mana-mana pemain atau palang gol atau tiang gol.
● sepakan penalti dibuat semula
Jika bola pecah atau rosak ketika di luar permainan semasa sepak mula, sepakan gol, sepakan penjuru, sepakan percuma, sepakan penalti atau lontaran ke dalam:
● perlawanan dimulakan semula seperti sepatutnya. Bola tidak boleh ditukar-ganti semasa perlawanan tanpa kebenaran pengadil.
Keputusan-keputusan Lembaga P.B. Antarabangsa
Keputusan 1
Tambahan kepada peruntukan Undang-undang 2, penerimaan bola untuk perlawanan di dalam pertandingan kelolaan rasmi di bawah kawalan FIFA atau gabungannya tertakluk kepada salah satu dari berikut:
● logo the official “FIFA APPROVED”
● logo the official “FIFA INSPECTED”
● logo the “INTERNATIONAL MATCHBALL STANDARD”
Logo-logo demikian pada bola menunjukkan bahawa ia telah diuji dengan rasminya dan didapati memenuhi keperluan spesifikasi teknikal, perbezaan setiap logo dan tambahan kepada ketetapan minimum yang dinyatakan di dalam Undang-undang 2. Senarai keperluan khusus kepada setiap logo mestilah diluluskan oleh Lembaga P.B. Antarabangsa. Institusi yang menjalankan ujian adalah tertakluk kepada kelulusan FIFA.
Keputusan 2
Untuk perlawanan pertandingan FIFA dan bagi perlawanan pertandingan anjuran konfederasi dan persatuan kebangsaan, sebarang iklan komersil pada bola adalah tidak dibenarkan, kecuali lambang pertandingan, pengelola pertandingan dan tanda dagangan pembuat yang dibenarkan. Peraturan pertandingan boleh menghadkan saiz dan bilangan tanda-tanda tersebut.
UNDANG-UNDANG 3 – BILANGAN PEMAIN
Bilangan Pemain
Suatu perlawanan dimainkan oleh dua pasukan, setiap pasukan mengandungi tidak lebih sebelas pemain dan salah seorang menjadi penjaga gol. Suatu perlawanan tidak boleh dimulakan jika salah satu dari pasukan itu mempunyai kurang dari tujuh pemain.
Bilangan pengganti
Perlawanan-perlawanan rasmi
Sehingga maksimum tiga pengganti boleh digunakan di dalam mana-mana
perlawanan rasmi yang dianjurkan di bawah naungan FIFA, konfederasi atau
persatuan kebangsaan. Peraturan pertandingan mesti menyatakan bilangan pengganti yang boleh dinamakan, dari tiga hingga maksimum tujuh.
Perlawanan-perlawanan lain
Untuk perlawanan pasukan A Kebangsaan, sehingga maksimum enam pengganti boleh digunakan.
Untuk semua perlawanan lain, bilangan penggantian lebih besar boleh digunakan dengan syarat:
● pasukan-pasukan berkenaan mencapai persetujuan tentang bilangan maksimumnya;
● pengadil diberitahu sebelum perlawanan dimulakan Jika pengadil tidak diberitahu, atau tiada persetujuan dicapai sebelum perlawanan, tidak lebih enam penggantian dibenarkan
Prosedur penggantian
Di dalam semua perlawanan, nama pengganti-pengganti mestilah diserahkan kepada pengadil sebelum permulaan perlawanan. Mana-mana pengganti yang tidak diserahkan namanya kepada pengadil ketika ini tidak boleh mengambil bahagian di dalam perlawanan tersebut.
Untuk mengganti seseorang pemain oleh pengganti, syarat-syarat berikut mestilah dipatuhi:
● pengadil diberitahu sebelum sebarang cadangan penggantian dibuat
● pengganti hanya masuk setelah pemain yang digantinya itu telah keluar dan setelah menerima isyarat dari pengadil
● pengganti hanya masuk ke padang di garisan pertengahan padang dan semasa pemberhentian permainan.
● penggantian adalah sempurna apabila pengganti masuk ke dalam padang permainan
● dari masa itu, pengganti menjadi pemain dan pemain yang digantikan itu tamat menjadi pemain.
● seorang pemain yang telah digantikan tidak boleh mengambil bahagian di dalam perlawanan itu seterusnya
● semua pengganti adalah tertakluk kepada kuasa budi bicara pengadil, sama ada dipanggil untuk bermain atau tidak
Pertukaran penjaga gol
Mana-mana pemain boleh bertukar tempat dengan penjaga gol, dengan syarat:
● pengadil diberitahu sebelum pertukaran dibuat.
● pertukaran dibuat semasa bola di luar permainan
Pelanggaran dan hukuman
Jika pemain pengganti atau pemain yang telah digantikan masuk ke padang permainan tanpa kebenaran pengadil:
● permainan diberhentikan (namun begitu permainan tidak diberhentikan dengan segera jika pemain pengganti atau pemain yang telah digantikan tidak mengganggu permainan)
● pengadil memberi amaran kerana tidak bersemangat sukan dan mengarahkan pemain tersebut keluar dari padang.
● jika permainan diberhentikan, permainan dimulakan semula dengan sepakan percuma tidak terus di tempat bola berada semasa permainan diberhentikan (rujuk Undang-undang 13 – Kedudukan Sepakan Percuma).
Jika pemain bertukar tempat dengan penjaga gol tanpa kebenaran pengadil sebelum pertukaran dibuat:
● permainan diteruskan.
● pemain-pemain berkenaan diberi amaran dan ditunjukkan kad kuning
sebaik sahaja bola di luar permainan.
Untuk kesalahan-kesalahan lain:
● pemain-pemain berkenaan diberi amaran dan ditunjuk kad kuning.
● permainan dimulakan semula dengan sepakan percuma tidak terus dibuat oleh pihak lawan di tempat bola berada semasa permainan diberhentikan (rujuk Undang-undang 13 – Kedudukan sepakan percuma)
Pemain dan pengganti diperintah keluar
Seorang pemain yang diperintah keluar sebelum permulaan permainan hanya boleh digantikan dengan salah seorang dari pengganti-pengganti yang dinamakan.
Pengganti yang dinamakan jika diperintahkan keluar sama ada sebelum permainan dimulakan atau selepas permulaan permainan, tidak boleh digantikan.
UNDANG-UNDANG 4 – ALATAN PEMAIN
Keselamatan
Seseorang pemain tidak dibenar menggunakan atau memakai sebarang peralatan yang berbahaya kepada diri sendiri atau pemain-pemain lain (termasuk apa jua barang kemas).
Peralatan asas
Peralatan asas yang diwajibkan untuk seseorang pemain ialah:
● jersi atau baju berlengan – Jika pakaian baju ala dalaman digunakan, warna lengannya hendaklah sama warna dengan warna utama lengan jersi atau baju.
● seluar pendek – jika seluar alas dalaman (seluar pendek ‘thermal’) atau ‘ tights’ digunakan, hendaklah sama dengan warna utama seluar pendeknya.
● stokin
● shinguard
● alas kaki
Shinguard
● dilitupi keseluruhannya oleh stokin.
● dibuat daripada getah, plastik atau bahan yang sama serta sesuai
● boleh memberi perlindungan pada tahap munasabah.
Warna
● kedua-dua pasukan mesti memakai warna jersi yang membezakan pasukannya dan juga pengadil dan penolong pengadil.
● setiap penjaga gol hendaklah memakai warna jersi yang membezakan dirinya dari pemain-pemain lain, pengadil dan penolong pengadil.
Pelanggaran dan hukuman
Bagi pelanggaran Undang-undang ini:
● permainan tidak perlu diberhentikan.
● pemain yang bersalah diarah keluar oleh pengadil untuk membetulkan peralatannya.
● pemain tersebut perlu keluar padang sebaik saja bola di luar permainan, kecuali dia telah membetulkan peralatannya sebelum itu.
● pemain yang dikehendaki keluar padang untuk membetulkan peralatannya tidak dibenarkan masuk semula tanpa kebenaran pengadil.
● pengadil akan memeriksa peralatan pemain sebelum membenarkan dia masuk semula ke padang.
● pemain hanya boleh masuk semula ke padang apabila bola di luar permainan. Seseorang pemain yang dikehendaki meninggalkan padang kerana kesalahan Undang-undang ini dan yang masuk (atau masuk semula) padang tanpa kebenaran pengadil akan diberi amaran dan ditunjuk kad kuning.
Memulakan semula permainan
Jika permainan diberhentikan oleh pengadil untuk memberi amaran:
● perlawanan dimulakan semula dengan sepakan percuma tidak terus oleh pemain pihak lawan, di tempat bola berada semasa pengadil memberhentikan permainan (rujuk Undang-undang 13 – Kedudukan Sepakan Percuma).
Keputusan-keputusan Lembaga P.B. Antarabangsa
Keputusan 1
Pemain-pemain tidak boleh menunjukkan baju dalamannya yang mengandungi slogan atau iklan. Peralatan asas yang wajib mesti tidak mengandungi sebarang kenyataan politik, agama atau peribadi. Pemain yang menanggalkan jersinya untuk menunjukkan slogan atau pengiklanan akan diambil tindakan oleh Penganjur Pertandingan. Pasukan pemain yang mempunyai peralatan asas yang wajibnya mengandungi kenyataan politik, agama atau peribadi akan diambil tindakan oleh Penganjur Pertandingan atau FIFA.
UNDANG-UNDANG 5 – PENGADIL
Kuasa pengadil
Setiap perlawanan dikawalselia oleh seorang pengadil yang berkuasa penuh
untuk menguatkuasakan Undang-undang Permainan berkaitan dengan
perlawanan yang dia ditugaskan.
Kuasa dan tugas
Pengadil:
● menguatkuasakan Undang-undang Permainan
● mengawal perlawanan dengan kerjasama penolong-penolong pengadil
dan di mana berkaitan dengan pegawai keempat.
● memastikan mana-mana bola yang digunakan memenuhi syarat-syarat
Undang-undang 2.
● memastikan peralatan pemain memenuhi syarat-syarat Undang-undang 4.
● bertindak sebagai penjaga masa dan membuat catatan perlawanan.
● mempunyai budi bicara untuk memberhenti, menangguh atau menamatkan
perlawanan untuk sebarang pelanggaran Undang-undang.
● memberhenti, menangguh atau menamatkan perlawanan disebabkan oleh sebarang bentuk gangguan luar.
● berhentikan perlawanan jika pada pendapatnya, seseorang pemain cedera parah dan pastikan ianya dikeluarkan dari padang permainan.
● meneruskan permainan sehingga bola di luar permainan, jika pada pendapatnya seorang pemain itu hanya cedera ringan.
● memastikan pemain yang luka berdarah dikeluarkan dari padang permainan. Pemain tersebut hanya boleh kembali, setelah menerima isyarat dari pengadil yang mesti berpuas hati bahawa pendarahan itu telah berhenti.
● meneruskan permainan apabila pasukan yang mana kesalahan dilakukan ke atasnya akan memperolehi advantej dari situasi itu dan hukumkan kesalahan yang asal jika advantej yang dijangkakan tidak diperolehi pada masa itu.
● menghukum kesalahan yang lebih berat apabila pemain melakukan lebih dari satu kesalahan pada masa yang sama.
● mengambil tindakan disiplin ke atas pemain kerana kesalahan beramaran dan perintah keluar. Dia tidak perlu mengambil tindakan ini serta merta tetapi mesti berbuat demikian sebaik saja bola di luar permainan.
● mengambil tindakan ke atas pegawai-pegawai pasukan yang berkelakuan
tidak bertanggungjawab dan mengikut budi bicaranya, menyingkirkan
mereka dari padang permainan dan kawasan sekitarnya.
● bertindak atas nasihat penolong-penolong pengadil terhadap insiden yang
tidak dilihatnya.
● jangan membenarkan orang yang tidak berkenaan masuk ke padang
permainan.
● mulakan semula permainan setelah ianya diberhentikan.
● mengemukakan kepada pihak berkuasa yang berkenaan laporan
perlawanan yang mengandungi maklumat tentang tindakan disiplin diambil
ke atas pemain, dan/atau pegawai pasukan dan insiden lain yang berlaku sebelum, semasa atau selepas perlawanan.
Keputusan pengadil
Keputusan-keputusan yang dibuat oleh pengadil tentang fakta yang berkaitan dengan permainan adalah muktamad. Pengadil hanya boleh menukar sesuatu keputusan apabila menyedari kesilapannya atau, mengikut budi bicaranya, di atas nasihat penolong penolong
pengadil dengan syarat permainan belum dimulakan semula atau menamatkan perlawanan itu.
Keputusan-keputusan Lembaga P.B. Antarabangsa
Keputusan 1
Seorang pengadil (atau jika berkaitan, penolong pengadil atau pegawai keempat) tidak boleh dipertanggungjawabkan kerana: sebarang kecederaan ke atas seseorang pemain, pegawai atau penonton sebarang kerosakan ke atas harta benda sebarang kerugian yang dialami oleh individu, kelab, syarikat, persatuan atau badan serupa, kerana atau mungkin kerana keputusan yang dibuatnya berkaitan dengan Undang-undang Permainan atau mengikut prosedur biasa yang dikehendaki dijalankan, dimainkan atau bagi pengawalan sesuatu
perlawanan.
Keputusan ini meliputi:
● keputusan tentang keadaan padang permainan, kawasan sekitarnya atau keadaan cuaca yang boleh atau tidak membolehkan sesuatu perlawanan itu dijalankan.
● keputusan untuk membatalkan sesuatu perlawanan dengan apa jua sebab.
● keputusan berkaitan keadaan kelengkapan atau alat-alat yang digunakan semasa perlawanan termasuk tiang-tiang gol, palang gol, tiang penjuru atau bola.
● keputusan untuk memberhentikan atau tidak memberhentikan permainan kerana gangguan penonton atau sebarang masalah di dalam kawasan penonton.
● keputusan untuk memberhentikan atau tidak memberhentikan permainan untuk membenarkan pemain cedera dikeluarkan dari padang permainan untuk rawatan.
● keputusan untuk memohon atau menggesa supaya pemain yang cedera dikeluarkan dari padang permainan untuk rawatan.
● keputusan untuk membenarkan atau tidak membenarkan seorang pemain memakai kelengkapan atau alat tertentu
● keputusan (selagi itu menjadi tanggungjawabnya) untuk membenarkan atau tidak membenarkan sesiapa jua (termasuk pasukan atau pegawaipegawai stadium, pegawai-pegawai keselamatan, juru-juru gambar atau wakil-wakil media) hadir di persekitaran kawasan padang permainan.
● sebarang keputusan lain yang akan dibuatnya mengikut Undang-undang Permainan atau dalam menjalankan tugasnya untuk mematuhi syaratsyarat FIFA, Konfederasi Persatuan Kebangsaan atau Liga atau Peraturan -peraturan di bawah mana perlawanan itu dimainkan.
Keputusan 2
Bagi kejohanan atau pertandingan di mana seorang pegawai keempat dilantik, peranan dan tugasnya mestilah mematuhi garis panduan yang diluluskan oleh Lembaga Persatuan Bola Sepak Antarabangsa, yang terkandung di dalam penerbitan ini.
UNDANG-UNDANG 6 – PENOLONG PENGADIL
Tugas-tugas
Dua penolong pengadil dilantik di mana tugas mereka tertakluk kepada keputusan pengadil, ialah untuk memberi isyarat:
● pabila keseluruhan bola telah keluar dari a padang permainan.
● pasukan mana yang berhak untuk sepakan penjuru, sepakan gol atau lontaran ke dalam.
● apabila seorang pemain boleh dihukum kerana berada di kedudukan ofsaid.
● apabila ada permintaan untuk penggantian.
● apabila ada salahlaku atau insiden lain di luar penglihatan pengadil.
● apabila kesalahan dilakukan di mana penolong pengadil lebih hamper dengan insiden dari pengadil (ini termasuk, dalam keadaan-keadaan tertentu, kesalahan-kesalahan yang berlaku di dalam kawasan penalti).
● semasa sepakan penalti, sama ada, penjaga gol telah bergerak ke hadapan sebelum bola disepak dan jika bola telah melintasi garisan itu.
Bantuan
Penolong-penolong pengadil juga membantu pengadil mengawal perlawanan mengikut Undang-undang Permainan. Terutama sekali mereka boleh masuk ke padang permainan untuk menolong mengawal jarak 9.15 meter. Jika berlaku gangguan yang tidak wajar atau kelakuan tidak sepatutnya, pengadil boleh melucutkan penolong pengadil itu dari tugasnya dan membuat laporan kepada pihak yang berkenaan.
UNDANG-UNDANG 7 – JANGKAMASA PERMAINAN
UNDANG-UNDANG 7 – JANGKAMASA PERMAINAN
Tempoh permainan
Perlawanan hendaklah mengandungi dua bahagian tempoh masa yang sama iaitu 45 minit, kecuali jika ada persetujuan bersama di antara pengadil dan kedua-dua pasukan yang mengambil bahagian. Sebarang persetujuan untuk mengubah tempoh masa permainan (contohnya untuk mengurangkan setiap bahagian kepada 40 minit kerana kekurangan cahaya) mestilah dibuat sebelum permulaan permainan dan mestilah mematuhi Peraturan Pertandingan.
Rehat separuh masa
Pemain berhak untuk masa rehat pada separuh masa. Masa rehat separuh masa mesti tidak melebihi 15 minit. Peraturan pertandingan mestilah menyatakan jangkamasa rehat separuh
masa. Tempoh masa rehat boleh diubah hanya dengan persetujuan pengadil.
Peruntukan masa terbuang
Peruntukan hendaklah dibuat pada setiap separuh masa untuk jumlah masa yang terbuang melalui:
● penggantian
● menilai kecederaan pemain
● mengeluarkan pemain cedera dari padang permainan untuk rawatan
● membuang masa
● sebab-sebab lain
Peruntukan masa terbuang adalah di bawah budi bicara pengadil. Sepakan penalty Jika sesuatu sepakan penalti perlu dibuat atau dibuat semula, jangkamasa permainan bagi tiap-tiap separuh bahagian adalah dilanjutkan sehingga sepakan penalti itu disempurnakan.
Pembatalan perlawanan
Perlawanan yang dibatalkan akan dimainkan semula kecuali Peraturan Pertandingan menyatakan sebaliknya.
Subscribe to:
Posts (Atom)