● berbentuk sfera
● diperbuat daripada kulit atau bahan-bahan lain yang sesuai
● lilitannya tidak lebih dari 70 cm (28 inci) dan tidak kurang dari 68 cm (27 inci)
● beratnya tidak lebih dari 450 g (16 auns) dan tidak kurang dari 410 g (14 auns) pada permulaan permainan.
● tekanan udara bersamaan dengan 0.6 – 1.1 atmosfera (600 – 1100 gram/sm2) pada paras laut (8.5 paun/in2 – 15.6 paun/in2).
Penggantian bola yang rosak
Jika bola pecah atau rosak semasa perlawanan:
● perlawanan diberhentikan
● perlawanan dimulakan semula dengan jatuhan bola di tempat di mana bola
mula pecah atau rosak tidak sempurna, kecuali jika permainan diberhentikan di dalam kawasan gol, jatuhan bola hendaklah dibuat di atas garisan kawasan gol yang selari dengan garisan gol di tempat paling hampir di mana bola berada semasa permainan diberhentikan.
Jika bola pecah atau rosak semasa sepakan penalti atau sepakan dari tanda penalti, selepas bola bergerak ke hadapan dan sebelum bola menyentuh mana-mana pemain atau palang gol atau tiang gol.
● sepakan penalti dibuat semula
Jika bola pecah atau rosak ketika di luar permainan semasa sepak mula, sepakan gol, sepakan penjuru, sepakan percuma, sepakan penalti atau lontaran ke dalam:
● perlawanan dimulakan semula seperti sepatutnya. Bola tidak boleh ditukar-ganti semasa perlawanan tanpa kebenaran pengadil.
Keputusan-keputusan Lembaga P.B. Antarabangsa
Keputusan 1
Tambahan kepada peruntukan Undang-undang 2, penerimaan bola untuk perlawanan di dalam pertandingan kelolaan rasmi di bawah kawalan FIFA atau gabungannya tertakluk kepada salah satu dari berikut:
● logo the official “FIFA APPROVED”
● logo the official “FIFA INSPECTED”
● logo the “INTERNATIONAL MATCHBALL STANDARD”
Logo-logo demikian pada bola menunjukkan bahawa ia telah diuji dengan rasminya dan didapati memenuhi keperluan spesifikasi teknikal, perbezaan setiap logo dan tambahan kepada ketetapan minimum yang dinyatakan di dalam Undang-undang 2. Senarai keperluan khusus kepada setiap logo mestilah diluluskan oleh Lembaga P.B. Antarabangsa. Institusi yang menjalankan ujian adalah tertakluk kepada kelulusan FIFA.
Keputusan 2
Untuk perlawanan pertandingan FIFA dan bagi perlawanan pertandingan anjuran konfederasi dan persatuan kebangsaan, sebarang iklan komersil pada bola adalah tidak dibenarkan, kecuali lambang pertandingan, pengelola pertandingan dan tanda dagangan pembuat yang dibenarkan. Peraturan pertandingan boleh menghadkan saiz dan bilangan tanda-tanda tersebut.
No comments:
Post a Comment