Wednesday, 4 January 2012

UNDANG-UNDANG 3 – BILANGAN PEMAIN

Bilangan Pemain
Suatu perlawanan dimainkan oleh dua pasukan, setiap pasukan mengandungi tidak lebih sebelas pemain dan salah seorang menjadi penjaga gol. Suatu perlawanan tidak boleh dimulakan jika salah satu dari pasukan itu mempunyai kurang dari tujuh pemain.

Bilangan pengganti

Perlawanan-perlawanan rasmi
Sehingga maksimum tiga pengganti boleh digunakan di dalam mana-mana
perlawanan rasmi yang dianjurkan di bawah naungan FIFA, konfederasi atau
persatuan kebangsaan. Peraturan pertandingan mesti menyatakan bilangan pengganti yang boleh dinamakan, dari tiga hingga maksimum tujuh.

Perlawanan-perlawanan lain
Untuk perlawanan pasukan A Kebangsaan, sehingga maksimum enam pengganti boleh digunakan.
Untuk semua perlawanan lain, bilangan penggantian lebih besar boleh digunakan dengan syarat:
● pasukan-pasukan berkenaan mencapai persetujuan tentang bilangan maksimumnya;
● pengadil diberitahu sebelum perlawanan dimulakan Jika pengadil tidak diberitahu, atau tiada persetujuan dicapai sebelum perlawanan, tidak lebih enam penggantian dibenarkan

Prosedur penggantian
Di dalam semua perlawanan, nama pengganti-pengganti mestilah diserahkan kepada pengadil sebelum permulaan perlawanan. Mana-mana pengganti yang tidak diserahkan namanya kepada pengadil ketika ini tidak boleh mengambil bahagian di dalam perlawanan tersebut.

Untuk mengganti seseorang pemain oleh pengganti, syarat-syarat berikut mestilah dipatuhi:
● pengadil diberitahu sebelum sebarang cadangan penggantian dibuat
● pengganti hanya masuk setelah pemain yang digantinya itu telah keluar dan setelah menerima isyarat dari pengadil
● pengganti hanya masuk ke padang di garisan pertengahan padang dan semasa pemberhentian permainan.
● penggantian adalah sempurna apabila pengganti masuk ke dalam padang permainan
● dari masa itu, pengganti menjadi pemain dan pemain yang digantikan itu tamat menjadi pemain.
● seorang pemain yang telah digantikan tidak boleh mengambil bahagian di dalam perlawanan itu seterusnya
● semua pengganti adalah tertakluk kepada kuasa budi bicara pengadil, sama ada dipanggil untuk bermain atau tidak

Pertukaran penjaga gol
Mana-mana pemain boleh bertukar tempat dengan penjaga gol, dengan syarat:
● pengadil diberitahu sebelum pertukaran dibuat.
● pertukaran dibuat semasa bola di luar permainan
Pelanggaran dan hukuman
Jika pemain pengganti atau pemain yang telah digantikan masuk ke padang permainan tanpa kebenaran pengadil:
● permainan diberhentikan (namun begitu permainan tidak diberhentikan dengan segera jika pemain pengganti atau pemain yang telah digantikan tidak mengganggu permainan)
● pengadil memberi amaran kerana tidak bersemangat sukan dan mengarahkan pemain tersebut keluar dari padang.
● jika permainan diberhentikan, permainan dimulakan semula dengan sepakan percuma tidak terus di tempat bola berada semasa permainan diberhentikan (rujuk Undang-undang 13 – Kedudukan Sepakan Percuma).
Jika pemain bertukar tempat dengan penjaga gol tanpa kebenaran pengadil sebelum pertukaran dibuat:
● permainan diteruskan.
● pemain-pemain berkenaan diberi amaran dan ditunjukkan kad kuning
sebaik sahaja bola di luar permainan.

Untuk kesalahan-kesalahan lain:
● pemain-pemain berkenaan diberi amaran dan ditunjuk kad kuning.
● permainan dimulakan semula dengan sepakan percuma tidak terus dibuat oleh pihak lawan di tempat bola berada semasa permainan diberhentikan (rujuk Undang-undang 13 – Kedudukan sepakan percuma)

Pemain dan pengganti diperintah keluar
Seorang pemain yang diperintah keluar sebelum permulaan permainan hanya boleh digantikan dengan salah seorang dari pengganti-pengganti yang dinamakan.
Pengganti yang dinamakan jika diperintahkan keluar sama ada sebelum permainan dimulakan atau selepas permulaan permainan, tidak boleh digantikan.

No comments:

Post a Comment