Wednesday, 4 January 2012

UNDANG-UNDANG 11 – OFSAID

Kedudukan ofsaid
Adalah tidak menjadi kesalahan semata-mata kerana berada di kedudukan ofsaid.
Seorang pemain berada di kedudukan ofsaid jika:
● dia berada lebih hampir dengan garisan gol lawan daripada bola dan pemain lawan yang kedua terakhir.
Seorang pemain tidak berkedudukan ofsaid jika:
● dia berada di kawasan padang permainannya sendiri atau
● dia berada separas dengan pemain lawan yang kedua terakhir atau
● dia berada separas dengan dua pemain lawan terakhir

Kesalahan
Pemain yang berkedudukan ofsaid hanya dihukum jika pada ketika bola disentuh atau dimainkan oleh pemain pasukannya pada pendapat pengadil, dia terlibat aktif dalam permainan dengan:
● mengganggu permainan atau
● mengganggu pemain pihak lawan atau
● memperoleh keuntungan dengan berada di kedudukan itu

Tiada kesalahan
Ofsaid tidak dikira jika pemain menerima bola terus dari:
● sepakan gol
● lontaran ke dalam
● sepakan penjuru

Pelanggaran dan hukuman
Untuk kesalahan ofsaid, pengadil akan memberi sepakan percuma tidak terus kepada pasukan lawan yang dibuat di tempat mana kesalahan berlaku. (rujuk Undang-undang 13 –Kedudukan sepakan percuma)

No comments:

Post a Comment