Jaringan gol
Gol dijaringkan apabila keseluruhan bola melintasi garisan gol, di antara tiangtiang gol dan di bawah palang gol, dengan syarat tiada pelanggaran Undangundang Permainan dilakukan sebelum itu oleh pasukan yang menjaringkan gol.
Pasukan menang
Pasukan yang menjaringkan bilangan gol yang lebih semasa perlawanan dikira pemenang. Jika kedua-dua pasukan menjaringkan bilangan gol yang sama, atau jika tiada gol dijaringkan, perlawanan dikira seri.
Peraturan-peraturan pertandingan
Apabila peraturan-peraturan pertandingan berkehendakkan sesuatu pasukan itu sebagai pemenang setelah perlawanan berkeputusan seri, hanya prosedur berikut, yang telah diluluskan oleh Lembaga P.B. Antarabangsa, dibenarkan
● jaringan gol di tempat lawan
● masa tambahan;
● sepakan dari tanda penalti.
No comments:
Post a Comment